Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Minggu 11 / 2021

Untuk seketika guru bebas tekanan. SPM selesai dan ada seminggu lagi cabaran PDPR akan berlangsung sebelum cuti sekolah seminggu. Minggu 13 nanti sekolah bermula untuk semua kelas selepas sekian lama PKPB/P. Peristiwa penting sepanjang minggu ini adalah seperti berikut: Hari ini 19/3/2021 jam 8:30-11.00 am. Pelajar Tingkatan 5 kohot 2020 mengembalikan Buku Teks kepada guru kelas masing-masing. Hari ini juga 19.3.2021 cikgu Zaineh terlibat dalam Program Lawatan Kerja dan Dialog bersama YDH SAC Dato' Ahmad Fadzillah Bin Mohamed, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Sabah ke IPD Tenom. Pada masa yang sama di tempat berlainan, Cikgu Alex Ahong mempengerusikan mesyuarat Majlis Guru Kaunseling PPD Tenom.  Seterusnya TPPD SPM PPD Tenom encik Martin Anguk menyampaikan sijil penghargaan selepas menyampaikan ceramah bengkel ePerkhidmatan