Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

Kem Algebra 2 / 2024

Kem ini memfokuskan ilmu-ilmu asas Matematik yang mencakupi tajuk Persamaan Linear, Ungkapan Algebra dan Indeks. Oleh sebab kem ini bersifat mengulangkaji semula tajuk-tajuk sebelumnya maka hanya murid yang lulus pretest dikecualikan menjadi peserta. Sesi 2 ini mencatatkan hanya 49 kehadiran murid. Sebilangan kecil telah melepasi saringan sesi 1 dan tidak dinafikan sebilangan kecil agak degil untuk hadir. Program Panitia Matematik ini disokong dengan kewangan sekolah. Sesi terakhir akan dibuat pada minggu seterusnya.🅰

Minggu Apresiasi Bahasa 2024

Cikgu Yun Yin Pang selaku Pengarah Program bersama cikgu Abdul Aras dan cikgu Kartina membarisi hakim yang adil lagi bijaksana Faney Sharmila Devianey Salimah Amy

Merentas Desa MSSN Sabah 2024

Edisi tahun ini menampilkan 4 orang murid SMSA mewakili Daerah Tenom ke Kejohanan Merentas Desa MSSN Sabah bertempat di Kuala Penyu. Mewakili kategori L18 ialah Decland Joel dan Oliver bin Melvin manakala Ray Rowell dan Audriana Audrey Kafet John masing-masing mewakili kategori L15 dan P15. Walaupun sasaran mengutip pingat tidak tercapai, keempat-empat murid SMSA ini menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara. Setelah berjuang, Kafit berada di kedudukan 83, Ray 65, Oliver 50 dan Decland dikedudukan 77. Rupanya ada peserta lebih kuat dan bertenaga berbanding Tenom. Kejohanan ini telah berlangsung pada 4 Mei 2024 bersamaan hari Sabtu.

Kejohanan Bola Keranjang MSSD Tenom 2024

SMSA berjaya dan bergaya mengondol tempat ke-3. Tahniah para pemain.