Skip to main content

JOM RUN S M S A 2025

Kejohanan Merentas Desa 2025 ini dijenamakan sebagai JOM RUN untuk menyatakan penglibatan bukan sahaja warga pelajar tetapi juga peminat sukan jogathon di dalam daerah Tenom malah dari daerah lain juga. 

Lima kategori ditetapkan untuk kesesuaian pertandingan iaitu 12TB, 15TB, 18TB, TERBUKA dan VETERAN (50 tahun keatas). Seramai 564 peserta lelaki dan perempuan terlibat dalam kejohanan ini.
Sangat menarik untuk melihat data apabila penyertaan menunjukkan peserta paling senior berusia menghampiri 70 tahun dan peserta paling muda berusia 11 tahun. Rupanya sukan santai begini mempunyai peminat yang tersendiri.

Kejohanan ini disokong oleh penaja seperti Syarikat Life Water (Tritonic, K2, SASA), BEESCOFT dan Amin Care Insurance. Hadiah cabutan Bib Bertuah disumbangkan oleh peniaga-peniaga Kian Da, Syarikat pembersihan, keselamatan ....
Sokongan kejohanan JOM RUN ini juga diperolehi dari sekolah-sekolah seperti SMK Apin Apin Keningau, SM Ken Hwa Keningau, SMK Keningau 2, SMK Keningau, KV Keningau, SK Menawo Keningau, SK ST. Pius Pamilaan, SK Melalap, SK Jawa Sumbiling, SK Lagud, SK Kalang Kanar, SK Pekan Tenom, SK Chinta Mata, SK Mantailang, SK St. Anthony, SM Thsung Tsin dan tentunya pegawai-pegawai di PPD Tenom.


Acara penutup diceriakan dengan cabutan Bib Bertuah berupa 20 buah hamper makanan, 5 buah peralatan elektronik dan hadiah utama berupa 5 buah grasscutter.

Pentadbir khususnya PIBG SMSA mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan penyertaan yang diberikan😌


Comments

Popular posts from this blog

Keahlian Kokurikulum SM Saint Anthony Tenom 2021

 Kelas disusun mengikut urutan menaik. 1 AZAM   Bil Nama Murid Kelab Persatuan Sukan Permainan Unit Beruniform 1 ADAM QUSYAIRI BIN SAMINUDIN Kerjaya Sepak Takraw Persekutuan Pengakap Malaysia 2 ANEES ADEELAH BINTI KAMAL Agama Islam Bola Jaring Persatuan Pandu Puteri Malaysia 3 ASYERA LEEANN SHEFFILE Kerjaya Bola Keranjang Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 4 CAROLYENNA BINTI CORNELIUS Kebudayaan (Teater/ Drama/ Muzik/ Nyanyian) Olahraga Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 5 DANEL BIN DAIMI Kerjaya Bola Tampar Pasukan Kor Kadet Polis 6 DEVIANIE BINTI BARIN Kebudayaan (Teater/ Dr...

Kejohanan Bola Keranjang MSSD Tenom 2024

SMSA berjaya dan bergaya mengondol tempat ke-3. Tahniah para pemain.

Pengetua SM Saint Anthony Tenom

                                                       JACK JATIL JUNGGOK                                                        DAUD BIN RUGAK @ DAVID RUGAK