Skip to main content

Pengetua Siap Bersara

 


Pengetua SM Saint Anthony Tenom, Daut Bin Rugak @ David Rugak menerima kunjungan pegawai yang memastikan semua dokumen untuk persaraan tersedia lengkap dan betul. Pengetua SMSA ini akan bersara wajib pada 21 Oktober 2022. Bagaimanapun beliau perlu menghabiskan cuti yang tidak diambil selama perkhidmatannya maka 29 Ogos 2022 adalah hari terakhir tugasan pengetua beliau akan berakhir.

Selamat bersara tuan pengetua.



Comments

  1. Salam semua.
    Jutaan terima kasih kpd semua warga SM St.Anthony yang memberikan kerjasama yang sangat baik kpd saya selama 6 tahun saya menjadi pentadbir SMSA.
    Pengalaman saya selama di sekolah ini sangat indah dan manis dlm kenangan.Kita telah menjulang nama sekolah ini dengan prestasi yg saya anggap terbaik dengan keputusan SPM 2017 dan menjadi salah satu daripada 9 buah sekolah di seluruh Sabah yg mencapai prestasi lonjakan peningkatan tertinggi SPM pada tahun tersebut.
    18 tahun berkhidmat di SMSA bermula pada tahun 2004, dengan jawatan Ketua Guru Disiplin sebaik sahaja melapor diri, kemudian menjadi Penolong Kanan Kokurikulum pada pertengahan tahun tersebut. Pada tahun 2008 menjadi Penolong Kanan HEM sebelum dilantik sebagai pengetua pada tahun 2016. Kini tiba masanya saya bersara wajib pada 21 Oktober 2022.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keahlian Kokurikulum SM Saint Anthony Tenom 2021

 Kelas disusun mengikut urutan menaik. 1 AZAM   Bil Nama Murid Kelab Persatuan Sukan Permainan Unit Beruniform 1 ADAM QUSYAIRI BIN SAMINUDIN Kerjaya Sepak Takraw Persekutuan Pengakap Malaysia 2 ANEES ADEELAH BINTI KAMAL Agama Islam Bola Jaring Persatuan Pandu Puteri Malaysia 3 ASYERA LEEANN SHEFFILE Kerjaya Bola Keranjang Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 4 CAROLYENNA BINTI CORNELIUS Kebudayaan (Teater/ Drama/ Muzik/ Nyanyian) Olahraga Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 5 DANEL BIN DAIMI Kerjaya Bola Tampar Pasukan Kor Kadet Polis 6 DEVIANIE BINTI BARIN Kebudayaan (Teater/ Dr...

KEAHLIAN RUMAH SUKAN 2025

    1.         CALVIN DARRYLEA   L JEGA   2.         EDMUND   L JEGA   3.         KHAIRUL   L JEGA   4.         MUHD ZAQWAN   L JEGA   5.         ALIF AZIZ MIKHAEL BIN ABDULLAH 1 L JEGA   6.         JACK CALVIN J MORRIS 1 L JEGA   7.         MARCEL MARCUS 1 L JEGA   8.    ...

JOM RUN S M S A 2025

Kejohanan Merentas Desa 2025 ini dijenamakan sebagai JOM RUN untuk menyatakan penglibatan bukan sahaja warga pelajar tetapi juga peminat sukan jogathon di dalam daerah Tenom malah dari daerah lain juga.  Lima kategori ditetapkan untuk kesesuaian pertandingan iaitu 12TB, 15TB, 18TB, TERBUKA dan VETERAN (50 tahun keatas). Seramai 564 peserta lelaki dan perempuan terlibat dalam kejohanan ini. Sangat menarik untuk melihat data apabila penyertaan menunjukkan peserta paling senior berusia menghampiri 70 tahun dan peserta paling muda berusia 11 tahun. Rupanya sukan santai begini mempunyai peminat yang tersendiri. Kejohanan ini disokong oleh penaja seperti Syarikat Life Water (Tritonic, K2, SASA), BEESCOFT dan Amin Care Insurance. Hadiah cabutan Bib Bertuah disumbangkan oleh peniaga-peniaga Kian Da, Syarikat pembersihan, keselamatan .... Sokongan kejohanan JOM RUN ini juga diperolehi dari sekolah-sekolah seperti SMK Apin Apin Keningau, SM Ken Hwa Keningau, SMK Keningau 2, SMK Keningau, KV...