Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2024

Sukantara SMSA 2024

Aktiviti berkonsepkan sukan untuk semua murid ini dilaksanakan pada 26 April 2024. Ia menyokong Dasar 1M1S yang diwajibkan oleh KPM. Setelah Kertas Kerja diluluskan oleh pentadbir, cikgu John Magian selaku pengarah program menyampaikan taklimat agihan tugas, skop tugasan dan spesefikasi tugasan. Pengarah Kejohanan Rumah Sukan bertanding: MEGA, VEGA, SEGA, JEGA Acara 1: Lompat Jauh Acara 2: Pecut 60m Acara 3: Lompat Tinggi Acara 4: Lontar Peluru Bagaimanapun, sebelum apa juga aktiviti fizikal yang hendak dilaksanakan, stretching dan warm-up perlu dilakukan. Terima kasih ahli Tenom Fitness Club yang sudi membawa murid-murid SMSA berzumba.

Renjer Muda Taman Taman Sabah 2024

10 orang murid SMSA diberi peluang untuk menyertai program tahunan Taman Taman Sabah ini. Ia dilaksanakan pada 24-25 April 2024. Pelaksanaan Program Renjer Muda Taman-Taman Sabah (TTS) merupakan satu langkah proaktif TTS dalam memperkukuhkan lagi hubungan masyarakat dengan alam semula jadi.  P rogram itu juga dapat dapat memberi peluang kepada generasi muda untuk terlibat secara langsung dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan keindahan kawasan taman.   Program Renjer Muda Taman ini juga diharapkan dapat mewujudkan satu pasukan Renjer Muda Taman yang berdedikasi yang terdiri daripada para pelajar sekolah yang bakal menjadi penjaga warisan alam kita. Para Renjer Muda Taman ini bukan sahaja akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran penyelidikan di lapangan, malah membentuk sikap dan nilai-nilai kecemerlangan dalam diri mereka. Peserta lelaki terbaik program ini dianugerahkan kepada Dean Albert yang mewakili SM St. Anthony Tenom. Terima kasih kepada cikgu Elmer Alfred yang bersedia menj

MiSMa SM St. Anthony Tenom 2024

  Minggu Sains Matematik SMSA 2024 Gimik perasmian MiSMa SMSA 2024. Aksi ini dilakukan oleh guru-guru yang telah ditaklimatkan aspek keselamatan. Cikgu Alex (Kaunselor) menyumbang RM untuk program ini. KB Sains Soaial cikgu Siti Jauyah menyokong program ini dengan pembelian buku cenderahati MISMA 2024 Cikgu Alice Junus (Kiri) menjadi penyelaras program ini.  Beberapa orang murid melakukan eksperimen buih sabun 'terbakar' dibawah pemantauan cikgu Eddy Briant Jonial.

Bengkel Asas Olahraga 2024

Semua murid dan guru SMSA telah mengikuti aktiviti tersebut pada 17 April 2024. Bengkel ini mendedahkan teknik stretching dan drills yang biasanya dilakukan sebelum sebarang aktiviti olahraga. Demo melalui video bagi setiap jenis drill Peserta bengkel melakukan stretching bersama-sama yang dipandu oleh atlit-atlit sekolah yang sudah terlebih dahulu melakukan rutin ini dalam latihan sebelumnya. Peserta kemudiannya bergerak dalam kumpulan Rumah Sukan ke setiap 5 stesen untuk mempelajari bentuk drill yang ditetapkan.   Small Bounding Drill Back Kick Drill High Knee Drill Run Kick Drill Ankle Drill Ucapan terima kasih kepada semua fasilitator: cikgu John Magian, cikgu Abel Godfrey Martin, cikgu Eddy Briant Jonial dan Mr. Donny Gilbert Matawas.🅰